Saturday, March 12, 2011

Sikap Wanita Yang Disenangi Lelaki : CY ada x ?

Assalammualaikum ...

Hmm .. pe nak cite ye lam post kali ni ? Haaa .. arini CY de wat cupcakes .. Lemon cupcakes with Lemon Icing .. hmm since ni attempt CY yg pertama , + sbb tgn CY ni x berseni lgsg ... deco cupcake tu x bape nk cantek la .. tp janji sedap kan ? 
Haa .. ni la rupanya cupcakes CY wat arini ... x cantek ? xpe la .. janji CY dh try wat .. korg penah ? kalo x penah , jgn nk ngade2 nk ngumpat cupcakes CY .. hahhaha .. tgk .. CY mmg x nk beralah kn kn kn ? haihhhhhhhhhhhhh ... 
OK .. ce korg tgk atas ... kt tajuk entry kali ni .. hmm  CY nk share pasal sikap2 wanita yg disenangi oleh lelaki ngan korg sume .. mcm bese la , ilmu2 ni CY dpt dr laman sesawang iluvislam .. :) korang sume mmg kne layari laman ni ! sbb de mcm2 info yg leh kita kongsi bersama .. 
Bila CY baca artikel psl sikap2 yg disenangi oleh lelaki tu , CY tetiba terfikir , maybe la kan ... sbb CY xde ciri2 lam artikel tu la kot ek CY still single lg smpi la ni .. ;) 
So , nanti korg baca la ye .. tilik diri sendiri .. seandainya xde ciri2 yg disenangi kaum Adam , jom kita sama2 berusaha mendapatkannya !! chaiyok chaiyok .. ~ tapi kaum Adam lak jgn plak cuba2 nk mengambil enteng ye sikap2 yg disenangi oleh wanita plak !! hehe .. sesama la ye berusaha utk menyenangi hati pasangan masing2 .. wah ! CY ckp mcm de psgn jek .. kuang3 .. ~ 

>> Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

>> Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

>> Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

>> Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

>> Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

>> Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

>> Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

>> Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

>> Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.



OK pasni moh le kite sume tilik diri memasing .. mcm CY ni la kan .. hmm tatau la sbnrnya CY ni de ke tak ciri2 di atas tu .. tp de seorg sahabat ckp CY de sikap2 tu .. wakkaaka .. persoalannya kalo CY de semuanya , mengapakah CY masih solo ? hohoho .. pastu dia akan menjawab bahawa ianya adalah ketentuan Allah .. Allah dh siapkan seorg lelaki yg baik utk CY tp mungkin skrg bukan masanya .. wah .. ! ayat amek hati dia mmg POWER kn kn kn ? sib bek x leh beli jiwa CY ni .. kalo leh pn x terbeli .. sbb dia kepunyaan org .. ;) anyway , seronok de kawan yg centu kn ? selalu mengingatkn CY tentang hakikat jodoh yg semuanya ketentuan Allah .. kun fa ya kun .. 

OK la , CY nk sambung FBking .. nk ngechat ngan kkwn .. nk mgedik ngomen pic2 kt album kkwn .. dh mcm keje part time dh .. kalo la si founder FB tu leh bg gaji kn best .. CY quit keje skrg .. sbb CY mmg rajin FBking ni .. wakaakakakakaaka .. 

Semoga hari2 sahabat2 CY seindah suria .. sewangi bunga2an dan sesejuk mataair .. :) Amin .. doakan CY juga ye ? doakan CY bertemu dgn insan yg mampu bersabar dgn kerenah , kegedikan & kedegilan CY ! Wassalam ... ~



**Sesungguhnya tacing itu indah , tapi kalo tacing lebih2 leh wat muntah darah**

No comments:

Post a Comment